Penjaja terjejas ditawar petak niaga seawal minggu depan - MBSP - Utusan Malaysia

Penjaja terjejas ditawar petak niaga seawal minggu depan – MBSP

ROZALI MOHAMUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dalam usaha mengeluarkan permit kepada peniaga tanpa kebenaran yang beroperasi di sekitar Pasar Awam Bukit Mertajam di sini.

Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud berkata, untuk itu borang berkaitan telah diedarkan kepada mereka yang terlibat iaitu antara 16 Jun lalu hingga hari ini.

“Sehingga kini, kita telah menerima sebanyak 97 permohonan untuk tujuan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, kira-kira 68 peniaga atau penjaja berhampiran pasar awam itu mengeluh kerana kehilangan sumber pendapatan sejak 22 hari lalu kerana tidak dibenarkan beroperasi buat masa ini.

Dalam pada itu kata Rozali, lokasi serta aktiviti perniagaan yang dijalankan tidak teratur sebelum ini menyebabkan pasar tersebut sesak sekali gus berlakunya halangan serta kesukaran untuk pihaknya mengawal keadaan.

“Justeru, kita hanya membenarkan peniaga-peniaga yang berada dalam rekod MBSP terlebih dahulu untuk dipertimbangkan diberi permit,” jelas beliau.

Tambahnya, MBSP bagaimanapun sedang berusaha memastikan peniaga-peniaga tidak sah dan tanpa lesen yang berniaga di sekitar pasar itu ditawarkan petak niaga mulai minggu depan dan boleh beroperasi seperti biasa selepas ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya