Peniaga biskut terkesan PKP terharu anak terima bantuan komputer riba - Utusan Malaysia

Peniaga biskut terkesan PKP terharu anak terima bantuan komputer riba

SITI Haidah Hazrul (kiri) mencuba komputer riba yang diterimanya sambil diperhatikan oleh bapanya (dua dari kanan) dan Zaiton Othman (kiri) di Kampung Seberang Baru Hampar, Rembau. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang peniaga biskut secara kecil-kecilan yang terjejas pendapatan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerima bantuan komputer riba untuk kegunaan anaknya mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Hazrul Abdullah, 52, berkata, dia sebelum ini hanya berniaga biskut untuk dihantar ke koperasi-koperasi sekolah namun terpaksa dihentikan kerana penutupan sekolah ketika ini.

Menurutnya, dia kini hanya bergantung kepada elaun diterimanya sebagai imam iaitu sebanyak RM850 sebulan bagi menampung perbelanjaan keluarga termasuk empat orang anaknya.

“Saya ada lima orang anak, tetapi anak kedua saya, Mohd. Hafizuddin meninggal dunia ketika menuntut di Universiti Mohammed V Rabat di Maghribi pada November 2019 selepas disahkan mengidap leukimia.

“Anak sulung saya pula baharu habis pengajian di sana dan kami kini sedang menunggu kepulangannya tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seberang Baru Hampar di sini ketika menerima kunjungan daripada Pertubuhan Amal Anak Rembau (PAAR) di sini hari ini.

Pada kunjungan tersebut, Pengasas PAAR, Zaiton Othman menyampaikan bantuan dua buah komputer riba hasil sumbangan orang ramai kepada Hazrul untuk kegunaan anak-anaknya.

Hazrul memberitahu, tiga lagi anaknya iaitu Siti Haidah, 20; Mohd. Hakimuddin Hazrul, 19; dan Siti Haidah Hazrul, 18, masih lagi belajar di institusi keagamaan serta memerlukan kemudahan komputer riba bagi tujuan pembelajaran.

Katanya, dia berasa sangat bersyukur apabila anak-anaknya terpilih menerima sumbangan berkenaan kerana tidak mempunyai kewangan mencukupi menyediakan keperluan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya