Penguatkuasaan minyak masak di sempadan dipertingkat - Utusan Malaysia

Penguatkuasaan minyak masak di sempadan dipertingkat

HASNOL Zam Zam Ahmad (tengah) melihat minyak masak yang dihasilkan ketika membuat lawatan ke kilang PGEO Edible Oil di Pasir Gudang, Johor. -UTUSAN/MOHAMAD FAIZAL HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mempertingkat penguatkuasaan bagi mengelak penyalahgunaan minyak masak bersubsidi termasuk diseludup keluar ke negara jiran khususnya sempadan Thailand. 

Ketua Setiausahanya, Datuk Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, tindakan itu diambil bagi membanteras kegiatan menyorok bekalan minyak bersubsidi selain memastikan bekalannya mencukupi di seluruh negara.

Katanya, kementerian itu  turut mempunyai unit-unit perisikan selain bekerjasama dengan pelbagai agensi penguatkuasaan di sempadan termasuk tentera sebagai penyalur maklumat bagi mematahkan kegiatan penyeludupan minyak masak bersubsidi. 

Terbaharu, katanya, KPDNHEP Kelantan merampas 9,350 kilogram minyak masak peket yang cuba diseludup ke Thailand pada 5 Jun lalu.

“Dari masa ke semasa, KPDNHEP membuat tangkapan dan rampasan minyak masak ini yang dibeli, dikumpul dan dihantar ke negara jiran. Ada juga yang dibuka dan dimasukkan di dalam bekas yang lebih besar seperti tin dan botol bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Ini antara cabaran utama yang perlu dihadapi kerana harga minyak masak di negara jiran lebih tinggi daripada harga subsidi yang kita tawarkan kepada rakyat ataupun minyak proses untuk pasaran negara,” katanya selepas membuat lawatan ke kilang PGEO Edible Oils Sdn. Bhd. di sini, hari ini.

Ketika ini, kerajaan memperuntukkan sejumlah 60,000 tan metrik minyak masak subsidi setiap bulan atau 720,000 tan metrik setahun yang mencukupi untuk menampung keperluan lebih 32 juta penduduk negara ini.

Mengulas lanjut, Hasnol berkata, bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi di pasaran, kerajaan juga telah melantik 300 ‘repacker’ yang aktif untuk membungkus minyak masak peket satu kilogram di seluruh negara di bawah skim minyak masak bersubsidi. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya