Pengantin antara militan Abu Sayyaf ditembak mati tentera Filipina -

Pengantin antara militan Abu Sayyaf ditembak mati tentera Filipina

TENTERA Filipina melihat beberapa mayat anggota Abu Sayyaf yang terkorban dalam pertempuran di Jolo, wilayah Sulu, Filipina. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA:  Calon pengantiin yang juga pengebom bunuh diri pengganas Abu Sayyaf maut dalam serangan oleh tentera Filipina di wilayah Sulu semalam.

Dalam sebuan itu tentera Filipina telah membunuh empat anggota militan dalam pertempuran yang berlaku semalam.

Malah seorang komander yang bertanggungjawab memenggal kepala mangsa yang diculik dan seorang pengebom bunuh dan seorang terduga calon pengebom bunuh diri turut terbunuh.

Serbuan bermula dengan perintah penangkapan Injam Yadah di rumahnya pada tengan malam tadi di desa Alat di wilayah Sulu.

“Berlaku pertempuran senjata yang membunuh para militan,” kata komander wilayam Leftenab Jeneral Corleto Vinluan Jr, seperti yang dilaporkan AP.

Yadah terlibat dalam penculikan bagi mendapatkan wang tebusan warga tempatan dan asing termasuk lapan nelayan Indonesia yang diculik di perairan Malaysia pada awal 2020 dan dibawa ke Selatan Filipina.

Tiga rakyat Indonesia itu dibebaskan, satu ditembak dan dibunuh ketika melarikan diri dan empat diselamatkan oleh pasukan tentera Filipina pada Mac lalu.

 

“Dia memiliki reputasi yang sangat kejam, memenggal kepala orang awam yang ditawannya termasuk anggota pasukan keselamatan yang tidak bersalah,” Komander Tentera, Mejar Jeneral William Gonzales.

Yadah juga ikaitkan dengan penculikan empat orang pada 2015, termasuk dua pelancong Kanada.

“Pelancong Kanada di pancung secara berasingan oleh Komander Abu Sayyaf, iaitu Mujir Yadah adik kepada Injam,” katanya.

Militan Abu Sayyaf lain yang terbunuh dalam serangan semalam termasuk Al Sawadjaan, seorang pembuat bom dan calon “pengantin” yang bunuh diri.

Sawadjaan adalah adik dari komandan Abu Sayyaf , Mundi Sawadjaan, suspek utama dalam serangan bunuh diri dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini di Sulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya