PETALING JAYA: Pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 adalah terbaik dalam tempoh lima tahun.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pencapaian itu boleh dilihat dengan keputusan daripada SPM tahun 2016 hingga kini apabila tahun ini merekod GPN adalah 4.80.
Katanya, Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.
Beliau memaklumkan SPM 2016 merekodkan GPN 5.05, 2017 (4.90), 2018 (4.89), 2019 (4.86).
Radzi berkata demikian dalam sidang akhbar keputusan SPM 2020 hari ini.