Penantian petugas media Pulau Pinang terima vaksin Covid-19 berakhir - Utusan Malaysia

Penantian petugas media Pulau Pinang terima vaksin Covid-19 berakhir

ZAHIDI Zainul Abidin meninjau pemberian vaksin kepada pengamal media di Klinik Kesihatan Kesihatan Bandar Baru Ayer Itam, Pulau Pinang. - UTUSAN/MUHAMAD FIRDAUS AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Penantian kira-kira 192 warga media di Pulau Pinang untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 berakhir selepas majoriti mereka menerima suntikan berkenaan hari ini.

Kira-kira 117 warga media Pulau Pinang di sekitar daerah Timur Laut mendapatkan suntikan vaksin berkenaan di Klinik Kesihatan Bandar Baru Ayer Itam menerusi Program Vaksinasi Warga Media Pulau Pinang.

Presiden Kelab Media Mutiara Pulau Pinang (Media Mutiara), Imran Hilmy berkata, kesemua warga media negeri ini menyahut seruan kerajaan dalam mencapai imuniti kelompok melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dengan menerima suntikan vaksin berkenaan di pusat pemberian vaksin (PPV) yang ditetapkan.

“Akhirnya warga media di Pulau Pinang yang menanti vaksin Covid-19 telah menerima dos pertama suntikan vaksin berkenaan mulai minggu ini.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Kesihatan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan lain-lain lagi yang membantu petugas media mendapatkan vaksin ini,” katanya ketika ditemui di Klinik Kesihatan Bandar Baru Ayer Itam di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Pegawai Kesihatan Daerah Timur Laut, Datin Dr. Azizah Ab Manan.

Menurut Imran, pemberian vaksin kepada petugas media dapat memberikan perlindungan daripada risiko Covid-19 kepada mereka yang perlu bertugas di lapangan setiap hari.

“Jika ada mana-mana petugas media yang masih belum mendapat panggilan daripada JKN untuk memperoleh suntikan vaksin, mereka boleh berhubung dengan ahli-ahli Media Mutiara dengan segera,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Biro Bernama Pulau Pinang, Kenng Teng berkata, dia selesai menerima dos pertama vaksin Covid-19 dan berasa cukup lega kerana sekurangnya-kurangnya risiko jangkitan tersebut berkurangan.

Katanya, dia tidak berasa sakit atau berdepan dengan apa-apa kesan sampingan teruk selepas menerima suntikan tersebut.

“Walaupun telah menerima vaksin, kesemua petugas media masih perlu menjaga diri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) agar terhindar daripada wabak ini,” katanya.

Dalam pada itu, Azizah berkata, pihak JKN menerima makluman daripada MOSTI minggu ini untuk memberikan vaksin Covid-19 kepada petugas media di negeri ini.

“Pihak kami anjurkan Program Vaksinasi Warga Media Pulau Pinang dan mengatur janji temu untuk hampir 200 petugas media dengan segera,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya