KUALA LUMPUR: “Usah hiraukan saya, hanya mandi dalam tab saja.”
Itu kapsyen ringkas penyanyi, Asad Motawh, 19, yang memuat naik hantaran gambar terbaring di dalam tab mandi namun masih berpakaian dan lencun.
As’ad Ahmad Muhammad Motawh atau lebih dikenali sebagai As’ad Motawh, turut dilihat membalas komen gurauan peminat selain berterima kasih kepada penyokong setianya.
“Alhamdulillah terima kasih ya. Sabar… saya ambil masa kejap ya,” komen balas Asad.
Gara-gara gambar mengundang itu, ribuan peminat hampir hilang pertimbangan dengan melayangkan komen-komen jatuh hati.
“Saya tercekik air!” komen seorang peminat.
Tidak kurang juga ada yang mengecam perlakuan pelik Asad itu.