Pemandu lori warga asing cuba sogok polis diberkas - Utusan Malaysia

Pemandu lori warga asing cuba sogok polis diberkas

PEMANDU lori warga asing yang ditahan di ibu negara selepas dipercayai cuba menyogok polis setelah didapati melanggar lampu isyarat dan tidak mempunyai lesen memandu kelas E. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pemandu lori warga asing yang cuba menyogok polis ditahan dalam kejadian di ibu negara, hari ini. 

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, kejadian berlaku apabila lelaki tersebut ditahan anggota kereta peronda polis (MPV) kerana tidak berhenti di lampu isyarat. 

Katanya, pemeriksaan itu mendapati pemandu itu tiada lesen memandu kelas E.

“Lelaki itu cuba menyogok anggota polis namun ditahan di bawah Seksyen 214 KK & Seksyen 15(1) (c) Akta Imigresen.

“Kejayaan ini menunjukan amalan integriti sentiasa dititikberatkan bagi semua warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan penugasan seharian,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Azman menasihatkan orang ramai agar mematuhi undang-undang  ditetapkan dan hormati hak serta keselamatan pengguna jalan raya yang lain. 

Beliau juga mengingatkan orang ramai yang dilarang sama sekali cuba memberi rasuah kepada polis yang sedang menjalankan tanggungjawab mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya