Pemandu lori cuba seludup 28 lembu 'korban' - Utusan Malaysia

Pemandu lori cuba seludup 28 lembu ‘korban’

LEMBU seludup berjaya dirampas oleh PGA Batalion 7 selepas menahan lori di Jalan Perumahan Prima Lubok Jong, Pasir Mas, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 menggagalkan cubaan mengangkut 28 lembu seludup bernilai RM282,240 selepas menahan sebuah lori di Prima Lubok Jong, Pasir Mas di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, anggota PGA turut menahan seorang pemuda berusia 21 tahun yang memandu bersendirian lori terbabit.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintenden Azhari Nusi berkata, anggotanya terserempak dengan lori berkenaan yang dipandu dalam keadaan mencurigakan semasa melakukan rondaan rutin.

Menurutnya, selepas menahan lori itu, pemeriksaan lanjut di bahagian belakang lori membawa kepada penemuan 28 lembu manakala suspek gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang lengkap mengenai urusan tersebut.

“Berdasarkan siasatan awal, kesemua lembu terbabit dipercayai diseludup dari Thailand menggunakan laluan tidak diwartakan oleh kerajaan untuk pasaran tempatan.

“Sehubungan itu, lelaki terbabit bersama kesemua rampasan termasuk lori dibawa ke Balai Polis Pasir Mas untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azhari turut memberitahu, nilai keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan berjumlah RM402,240 dan kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.

“Kawalan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bermula dari Rantau Panjang ke Pengkalan Kubor di Tumpat akan terus diperketatkan dalam usaha mencegah penyeludupan,” katanya.

Difahamkan, kesemua lembu terbabit adalah untuk memenuhi pasaran tempatan menjelang sambutan Aidiladha tidak lama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya