Pelumba TSG bancuh kopi, agih kepada barisan hadapan - Utusan Malaysia

Pelumba TSG bancuh kopi, agih kepada barisan hadapan

MOHD. Zamri Salleh (kiri) mengagihkan kopi kepada pasukan keselamatan di beberapa sekatan jalan raya (SJR) sekitar Kuala Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Bagi menghargai jasa barisan hadapan, jaguh Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd. Zamri Salleh mengagihkan kopi kepada mereka yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR), semalam.

Menariknya, kesemua 20 cawan minuman berkenaan dibancuh sendiri olehnya sebelum dibawa ke empat SJR di sekitar Pasir Panjang dan Bukit Besar.

Mohd. Zamri yang juga pemilik ZS Coffee Shop berkata, inisiatif berkenaan diharap dapat menyuntik semangat pasukan keselamatan yang bertungkus-lumus bertugas di lapangan dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

“Semoga sumbangan kecil saya dapat menaikkan moral mereka yang terpaksa berhujan dan berpanas sepanjang hari ketika bertugas di SJR.

“Saya cuma berkongsi rezeki kedai kopi saya dan sekurang-kurangnya bolehlah pasukan keselamatan kita menghilangkan dahaga mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Mohd. Zamri yang juga ketua pasukan TSG berkata, dia bersama adiknya, Mohd. Hariff merancang untuk meluaskan lagi bantuan kepada orang ramai terutama golongan kurang berkemampuan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya