Pelanggan cetus sensitiviti agama, lima penghantar makanan ditahan - Utusan Malaysia

Pelanggan cetus sensitiviti agama, lima penghantar makanan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerana mulut badan binasa. Itu dapat digambarkan terhadap seorang lelaki selepas cedera dipukul sekumpulan penghantar makanan di Sungai Way, di sini semalam.

Lelaki berusia 29 tahun yang juga pelanggan kepada penghantar makanan tersebut yang berusia 29 tahun dipercayai dipukul dipercayai mencetuskan sensitiviti agama.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, seorang daripada penghantar makanan itu membuat tangkap layar pesanan daripada pelanggan berkenaan serta menularkannya ke aplikasi komunikasi kumpulan penghantar makanan di kawasan berkenaan.

“Keadaan itu menimbulkan kemarahan kepada sekumpulan penghantar makanan yang lain dan mereka pergi ke rumah pelanggan terbabit yang terletak di Sungai Way.

“Lelaki itu dipukul sehingga cedera. Bagaimanapun, penghantar makanan berusia 19 tahun itu turut membuat laporan polis pada pukul 2.30 petang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamad Fakhrudin, pelanggan terbabit dibawa ke Balai Polis Sungai Way untuk tindakan lanjut.

Katanya, pihak polis turut menahan lima penghantar makanan berusia 19 hingga 40 tahun yang disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan.

“Kami masih mengesan beberapa individu lain yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu yang disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menimbulkan apa-apa isu atau provokasi menyentuh sensitiviti mana-mana agama dan bangsa lain yang boleh menggugat ketenteraman awam.

“Masyarakat diingatkan supaya tidak mengambil tindakan melangkaui undang-undang dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya.

Terdahulu, satu video berdurasi 30 saat yang memaparkan seorang lelaki dipukul sekumpulan penghantar makanan tular di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya