Pelan Pemulihan Negara dirangka - Utusan Malaysia

Pelan Pemulihan Negara dirangka

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang merangka Pelan Pemulihan Negara berdasarkan kepada data sains, pengurusan Covid-19, ekonomi dan program vaksinasi sebagai langkah untuk negara keluar daripada pandemik. 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelan berkenaan akan dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam tempoh seminggu akan datang. 

Memetik laporan Bernama, beliau berkata, beberapa menteri utama yang terlibat sudah duduk bersama bagi membentangkan pelan tersebut secara kasar kepada beliau namun belum diperhalusi. 

“Sudah sampai masa kita nak tetapkan satu strategi keluar atau pelan pemulihan negara untuk kita keluar daripada masalah ini. Tetapi, ini adalah cabaran yang besar bergantung kepada kerjasama dan sokongan semua pihak,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Johor, Bandar Tun Razak dan disertai Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.  

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, pelan pemulihan itu antara lain sebagai makluman kepada rakyat mengenai perkembangan semasa dan fasa-fasa tertentu melibatkan pengurusan pandemik di negara ini. 

“Ini akan kita teliti. Akan ada fasa satu, fasa dua…berdasarkan kepada data. Contohnya, kalau kes Covid-19 kita lihat sudah ada petanda penurunan tapi tak boleh lagi meraikan kerana fasa belum selesai. 

“Ini bermakna kita kena bantu Kementerian Kesihatan menguruskan penjagaan kesihatan dalam memastikan sistem penjagaan kesihatan kita tak runtuh dengan hospital, kemudahan katil, ventilator, kakitangan hospital kita mencukupi,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya