PdPR: Pelajar kongsi data internet ibu - Utusan Malaysia

PdPR: Pelajar kongsi data internet ibu

KARIM Md. Saad membantu Mohd. Arif Ramadhan ketika sesi PdPR sambil diperhatikan Sofiah Abu Seman di rumah mereka di Simpang Empat Kangkong, Alor Setar, Kedah. – UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Berikutan ma­sa­lah kewangan, pelajar tingkatan satu dari Simpang Empat Kangkong di sini terpaksa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dengan tempoh terhad berikutan terpaksa berkongsi data internet dengan ibunya.

Itulah yang ditempuh Mohd. Arif Ramadhan, 13, dan ibunya, Sofiah Abu Seman, 44, kerana mereka tidak mampu membeli lebih banyak data internet bagi tujuan berkenaan.

Bagi Mohd. Arif Ramadhan, dia faham kekurangan keluarganya dan tekad untuk fokus dalam setiap sesi PdPR.

“Memang susah belajar apabila ada masalah liputan tetapi saya perlu banyak bersabar, memang lambat menghabiskan kerja-kerja sekolah yang cikgu beri kerana masalah ini.

“Tetapi saya bernasib baik kerana cikgu faham masalah yang saya hadapi,” katanya.

Bapanya, Karim Md. Saad, 47, tidak mempunyai pekerjaan tetap sejak dua tahun lalu setelah terpaksa berhenti kerja menjaga Sofiah yang kudung kaki kiri dan menghidap pe­nyakit buah pinggang.

Menurut Sofiah, mereka hanya mampu melanggan data internet dengan bayaran RM30 sebulan yang dikongsi bersama suami dan anaknya itu.

“Telefon untuk anak saya pun suami ambil upah macam-macam kerja, beli dengan harga RM250,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumah mereka di sini semalam.

Jelas Sofiah, demi memastikan pembelajaran anaknya yang kini belajar di sebuah sekolah berasrama penuh di Kubang Pasu tidak terganggu, suami sanggup melakukan apa sahaja untuk mencari wang lebih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya