PdPR dilaksanakan selepas sesi persekolahan dibuka - Utusan Malaysia

PdPR dilaksanakan selepas sesi persekolahan dibuka

DR. RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan mengumumkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) untuk tempoh 25 hari iaitu bermula sesi persekolahan dibuka pada 13 Jun bagi kumpulan A manakala kumpulan B pula pada 14 Jun ini.

Kumpulan A ialah Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala Kumpulan B melibatkan negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Dalam sidang akhbar, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, perkara itu berjalan sehingga sesi cuti pertengahan penggal pada 16 dan 17 Julai ini.

Katanya, ketetapan itu melibatkan semua sekolah termasuk sekolah swasta, antarabangsa, expatariat yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN