Pasar Awam Chai Leng Park pula ditutup gara-gara Covid-19 - Utusan Malaysia

Pasar Awam Chai Leng Park pula ditutup gara-gara Covid-19

ANGGOTA penguat kuasa MBSP menampal notis berkaitan penutupan Pasar Awam Taman Chai Leng di Perai, Butterworth, Pulau Pinang selepas 11 peniaga di situ dikesan positif Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Pasar Awam Taman Chai Leng menjadi pasar awam terbaharu dalam kawasan Seberang Perai yang terpaksa ditutup selama 10 hari bermula semalam selepas sekurang-kurangnya 11 kes positif Covid-19 dilaporkan melibatkan peniaga dan pekerja di situ.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Datuk Rozali Mohamud berkata, penutupan pasar awam itu melibatkan 143 peniaga di dalam pasar dan 56 peniaga pasar pagi yang berniaga di luar bangunan pasar awam berkenaan.

Pada masa sama katanya, MBSP juga mengambil tindakan berwaspada dengan mengarahkan 14 orang Wira Oren dan Merinyu Lesen (ML) di pasar awam terbabit kuarantin di rumah sehingga keputusan ujian saringan diketahui.

“Semua peniaga atau pengunjung Pasar Awam Taman Chai Leng yang mempunyai kontak rapat dengan kes positif Covid-19 akan dihubungi oleh Pegawai Kesihatan Daerah untuk arahan menjalani ujian saringan.

“Mereka digesa segera hadir untuk mengambil ujian dan menghubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seberang Perai Tengah (SPT) di talian 04-5397884 untuk mendapatkan janji temu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Rozali, peniaga yang ingin menjalani ujian saringan boleh berbuat demikian di mana-mana klinik swasta dan memaklumkan kepada MBSP hasil keputusan yang diperoleh untuk tujuan rekod dan perancangan selanjutnya.

“Para peniaga juga diingatkan mematuhi arahan penutupan pasar awam ini dan tidak dibenarkan untuk berniaga sehingga 29 Jun ini atau sehingga dimaklumkan kelak,” jelas beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya