Pasar Awam Chai Leng Park: Pekerja MBSP antara 32 positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Pasar Awam Chai Leng Park: Pekerja MBSP antara 32 positif Covid-19

PASAR Awam Taman Chai Leng di Perai, Butterworth, Pulau Pinang ditutup selama 10 hari bermula 20 Jun lalu untuk kerja-kerja sanitasi serta pengesanan kontak rapat selepas 32 kes positif Covid-19 dikesan melibatkan kawasan itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Sebanyak 32 kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan 152 individu yang disaring sehingga semalam melibatkan kes jangkitan di Pasar Awam Chai Leng Park di sini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Datuk Rozali Mohamud berkata, selain peniaga turut dikesan positif ialah pembantu gerai, anggota persatuan serta pembantu awam MBSP.

Menurutnya, secara keseluruhan sebanyak 143 notis telah dikeluarkan terhadap peniaga dalam bangunan manakala 56 notis dikeluarkan kepada peniaga pasar pagi di luar bangunan pasar awam berkenaan.

“Seramai 19 pekerja MBSP juga telah menjalani ujian saringan, namun hanya dua yang disahkan positif Covid-19 setakat ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Rozali memberitahu, mana-mana peniaga yang masih belum menjalani ujian saringan dan disahkan negatif tidak akan dibenarkan berniaga semula selepas 29 Jun ini atau sehingga dimaklumkan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah.

“Ketika ini seramai 17 pembantu gerai masih tidak dapat dihubungi dan gagal menjalani ujian saringan.

“Jadi, mereka yang terlibat diminta menghubungi Jabatan Pelesenan MBSP di talian 04-5497685 pada waktu pejabat iaitu antara 8 pagi hingga 5 petang hari bekerja atau terus berhubung dengan Pengerusi Persatuan Penjaja Pasar Awam Chai Leng Park untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Terdahulu, pasar awam tersebut diarahkan menutup operasi selama 10 hari bermula 20 Jun lalu selepas 11 peniaga di situ dikesan positif Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya