Parti persendirian tawar GRO kantoi selepas diserbu polis

Parti persendirian tawar GRO kantoi

SEBAHAGIAN daripada 35 individu ditahan selepas polis menyerbu beberapa bilik di sebuah residensi mewah di ibu negara semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 35 individu termasuk enam daripada 14 wanita merupakan gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan kerana mengadakan parti persendirian sekali gus mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa bilik di residensi mewah ibu negara dalam serbuan, pada Jumaat.

Dalam serbuan kira-kira pukul 11 malam itu dijalankan oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur hasil risikan dan maklumat.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, sebanyak enam bilik diserbu sebelum menahan kesemua suspek berusia 20 hingga 30-an.

“Semakan mendapati enam wanita adalah warga asing iaitu lima Vietnam dan seorang Thailand dipercayai adalah GRO selain dua lelaki warga China.

“Siasatan awal mengesyaki terdapat kegiatan seks di bilik yang menempatkan wanita asing berikutan penemuan kondom,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, soal siasat mendapati bilik mewah itu disewa dengan harga RM1,000 bagi satu malam.

Katanya, selain itu, polis menemukan 20 botol minuman jus disyaki mengandungi dadah. 

“Kita turut merampas pelbagai barang lain antaranya set peralatan audio, kad akses, lampu disko dan dadu yang dipercayai diguna untuk perjudian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 4 (1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan, Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan,” ujarnya.

Tambah beliau, tindakan turut diambil di bawah Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya