SAO PAULO: Pasukan dalam Kumpulan A, Uruguay dan Paraguay mengesahkan kedudukan masing-masing dalam peringkat suku akhir walaupun mereka akan bertembung sesama sendiri pada Isnin ini.
Uruguay berjaya meraih kemenangan pertamanya selepas menewaskan pasukan tercorot kumpulan itu, Bolivia 2-0 di Stadium Arena Pantanal di Cuiabá, Brazil kelmarin sekali gus membawanya mara ke perlawanan pada Jumaat nanti.
Namun, mungkin terkeluar daripada kejohanan apabila kemenangan yang diperoleh Paraguay 2-0 terhadap Chile dilihat meyakinkan kerana perlawanan pada Isnin ini menentukan siapa akan bertemu Brazil pada suku akhir.
Pemain tengah, Giorgian De Arrascaeta memberitahu, jika perlawanan pada Isnin nanti menyaksikan keputusan seri, Chile dijangka akan melawan pasukan tuan rumah, jika Paraguay menang, Uruguay pula perlu melalui jalan sukar itu.
Dalam Kumpulan A, Argentina kini menduduki tangga teratas dengan kutipan 7 mata diikuti Paraguay (6 mata), Chile (5 mata), Uruguay (4 mata) dan Bolivia pula tidak meraih sebarang mata selepas tewas dalam tiga perlawanannya.
Uruguay mulakan kemenangannya ketika menentang Bolivia apabila penjaga golnya, Carlos Lampe gagal menahan bola yang terkena kaki rakan sepasukannya pada minit ke 40.
Kemudian, penyerang Uruguay, Edinson Cavani pula menjaringkan gol kemenangan selesa pada minit ke 79.
Sementara itu, Paraguay pula menewaskan Chile di Stadium Magne Garrincha, Brasilia apabila penyerangnya, Braian Samudio menanduk masuk sepakan sudut pada minit ke 33 disusuli gol kedua daripada pemain tengah, Miguel Almiron pada minit ke 58.
“Kami perlu fikir untuk menang bukan pilih musuh. Kami sudah cipta banyak peluang, terlepas sebahagiannya yang begitu jelas, tetapi tetap memberikan keyakinan. Kami tidak akan berhenti mempercayai sesama kami,” katanya.
Sementara itu, Almiron menyatakan dia optimis dengan perlawanan akan datang bersama rakan sepasukannya.
“Kami sudah lakukan terbaik. Meraih kemenangan adalah tugas paling penting, tetapi perlu diberi keutamaan adalah bagaimana cara kami bermain,” ujarnya.
Dalam saingan akhir Kumpulan A, Argentina akan bertemu Bolivia di Stadium Arena Pantanal sementara juara bertahan, Brazil akan bertemu Ecuador di Stadium Olimpik Goiania pada awal pagi esok. – AGENSI