Pahang mohon percepat bekalan vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Pahang mohon percepat bekalan vaksin Covid-19

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan negeri memohon agar Kerajaan Persekutuan mempercepatkan proses pembekalan vaksin Covid-19 ke negeri ini memandangkan jumlah sasaran penerima seramai 1.2 juta yang ditetapkan menerusi program vaksinasi masih jauh untuk dicapai.

Dalam kenyataannya yang dimuat naik di laman sosial Facebook rasminya, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, menjelang hujung tahun ini, kerajaan negeri menyasarkan pemberian 7,550 suntikan vaksin Covid-19 pada setiap hari.

Bagaimanapun katanya, perkara tersebut sukar dicapai ekoran isu pengedaran vaksin begitu perlahan.

“Hingga 12 Jun lalu, hanya 11.7 peratus penduduk di Pahang menerima vaksinasi dengan jumlah anggaran 963 suntikan sehari. Ini berlaku kerana kita mengalami masalah kekurangan bekalan vaksin.

“Pada asalnya, kita menyasarkan untuk menyuntik sekurang-kurangnya 1.2 juta penduduk menjelang 31 Disember tahun ini dan ini hanya dapat dicapai jika kita meningkatkan jumlah suntikan kepada 7,550 orang sehari,” katanya di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, proses pemberian vaksin dapat membentuk imuniti berkelompok secepat mungkin dalam usaha merancakkan kembali sektor ekonomi, sosial dan pembangunan yang terganggu sejak wabak pandemik itu melanda tahun lalu.

“Kita (kerajaan negeri) berharap Kerajaan Persekutuan meneliti langkah bersesuaian bagi memastikan pengagihan vaksin ke Pahang boleh dipercepatkan.

“Pahang dilaporkan merekodkan pendaftaran vaksin rendah dan kini terdapat peningkatan orang yang mendaftar untuk mendapatkan vaksin berkenaan.

“Hingga 14 Jun lalu, seramai 605,745 daripada 1.2 juta penduduk di Pahang telah mendaftar, berbanding hanya 415,000 pada 28 Mei,” katanya.

Selain melalui MySejahtera, kerajaan negeri turut memperkenalkan platform Sistem Imunisasi Covid-19 Pahang (SICP) bagi mempercepat proses pendaftaran vaksin Covid-19 untuk penduduk di negeri ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya