TOKYO: Bintang tenis Jepun, Naomi Osaka menarik diri daripada Wimbledon dan ejennya menegsahkan perkara itu selepas pemain No.2 dunia itu menarik diri daripada Terbuka Perancis kerana berdepan tekanan.
“Naomi tidak akan beraksi di Wimbledon tahun ini. Dia akan meluangkan masa bersama keluarganya.
“Dia akan bersedia untuk Olimpik dan dia teruja untuk beraksi di hadapan penyokong sendiri,” kata ejennya, Stuart Duguid.
Kelmarin, penganjur Wimbledon berkata pemain berusia 23 tahun yang juga juara Grand Slam empat kali itu dijangka menyertai kejohanan yang akan bermula 28 Jun ini.
“Pada waktu ini namanya ada dalam senarai pemain tetapi kami tidak menerima sebarang pengesahan yang dia tidak akan beraksi,” kata Pengurus All England Club, Sally Bolton.-AFP