PETALING JAYA: Operasi kilang minuman keras di seluruh negara diarah tutup serta-merta susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh yang mula dikuatkuasakan hari ini.
Perkara itu ditegaskan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memaklumkan kilang minuman keras adalah tidak termasuk dalam kategori keperluan asas.
“Walaupun kebenaran beroperasi diberikan kepada kilang-kilang yang berasaskan makanan dan minuman namun ia hanya untuk keperluan asas.
“Kilang minuman keras adalah tidak termasuk dalam kategori keperluan asas,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.