PUTRAJAYA: Kerajaan membenarkan operasi premis kedai makan dan restoran bermula pukul 6 pagi hingga 10 malam berkuat kuasa esok.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk menukar waktu operasi yang sebelum ini hanya dibenarkan bermula pukul 8 pagi sehingga 8 malam.
“Setelah mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan, sidang mesyuarat bersetuju untuk menukar waktu operasi premis yang menjual makanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.