Operasi IPT sama dalam tempoh PKP - Utusan Malaysia

Operasi IPT sama dalam tempoh PKP

UNIVERSITI Teknologi Mara dijangka menerima naib canselor baharu dalam tempoh terdekat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengoperasian institusi pendidikan tinggi (IPT) di seluruh negara sepanjang tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini sehingga 28 Jun adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan memberitahu, ini merangkumi semua aktiviti seperti keberadaan pelajar, aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta kehadiran staf akademik dan bukan akademik.

“Lain-lain seperti pelaksanaan aktiviti pelajar, pelaksanaan peperiksaan antarabangsa dan badan profesional serta kemasukan pelajar antarabangsa.

“Pihak IPT boleh merujuk kepada prosedur operasi standard (SOP) Sektor Pengajian Tinggi yang diwartakan merangkumi aspek pengoperasian IPT bagi tempoh PKP bertarikh 31 Mei lalu,” jelas kenyataan itu di sini hari ini.

Sehubungan itu, semua IPT dan para pelajar dinasihati agar sentiasa mengikut arahan yang dikeluarkan daripada pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Jelasnya kementerian tersebut, semua warga pendidikan tinggi boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengoperasian IPT dalam tempoh PKP melalui bilik gerakan Covid-19 KPT yang dibuka 24 jam di talian 03- 8870 6777/6949/ 6623/ 6628, melayari laman web IPT atau terus menghubungi IPT masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya