Operasi Hoshas berjalan seperti biasa, terkawal - Utusan Malaysia

Operasi Hoshas berjalan seperti biasa, terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh dekat ini masih beroperasi seperti biasa dengan keadaan yang terkawal.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Datuk Dr. Bahari Che Awang Ngah berkata, hanya wad yang terlibat dengan penularan jangkitan Covid-19 ditutup sementara untuk kemasukan pesakit baharu bagi melaksanakan kerja-kerja dekontaminasi.

“Klinik-klinik pakar, Unit Rawatan Harian (Day Care Unit), Unit Hemodialisis dan Jabatan Rehabilitasi turut ditutup sementara bagi kerja-kerja disinfeksi hingga 20 Jun ini.

“Bagi pesakit yang memerlukan rawatan akan dirujuk ke fasiliti kesihatan kerajaan yang terdekat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu dibuat ekoran mesej tular dalam laman media sosial yang mendakwa operasi di Hoshas hampir lumpuh ekoran peningkatan kes Covid-19 di situ.

Dr. Bahari berkata, penularan jangkitan berlaku di wad biasa bukannya di wad yang dikhaskan untuk pesakit Covid-19.

“Untuk makluman dengan pemakaian peralatan perlindungan diri (PPE) Aras 2, kebarangkalian jangkitan masih boleh berlaku.

“Namun begitu susulan daripada kejadian tersebut, penilaian risiko telah dibuat ke atas semua pesakit di wad dan kakitangan kesihatan. Semua yang diklasifikasikan sebagai kontak rapat kepada kes positif telah dibuat saringan Covid-19,” katanya.

Sementara itu katanya, pesakit yang terdedah kepada risiko jangkitan tapi masih negatif, telah diasingkan di bilik isolasi dan akan dibuat sampel ulangan.

“Semua kakitangan yang diklasifikasikan sebagai kontak rapat juga menjalani kuarantin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya