Nyanyi ‘PKP Datang Lagi' sambil merias, keletah Medina curi perhatian warganet - Utusan Malaysia

Nyanyi ‘PKP Datang Lagi’ sambil merias, keletah Medina curi perhatian warganet

NOR Riha Wagimun (kiri) bersama  Nur Medina Irene  Mohd. Firdaus yang videonya keletahnya menyanyi sambil menghias wajah sepupunya tular dalam media sosial dan mencuri perhatian warganet. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Video keletah seorang kanak-kanak perempuan yang menyanyikan lagu ‘PKP Datang Lagi’ sambil merias wajah seorang kanak-kanak lain mencuit perhatian warganet apabila ia tular sehingga  telah ditonton lebih dua juta kali di satu akaun Facebook.

Ibu kanak-kanak tersebut, Nor Riha Wagimun, 33, berkata, dia tidak menyangka video genit anak tunggalnya itu, Nur Medina Irene Mohd. Firdaus, 6, yang dimuat naik terlebih dahulu oleh salah seorang anak saudaranya menerusi aplikasi TikTok tular dalam media sosial.

“Medina memang seorang anak yang sangat cerdik dan menghiburkan. Sejak Medina kehilangan ayahnya pada 16 Januari lalu akibat serangan jantung, dia yang menjadi penyeri dan peneman hidup saya.

“Saya sendiri tidak menyangka video itu akan menjadi tular dan sejak itu Medina selalu menerima kiriman hadiah daripada orang ramai,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Raja Alias 4, dekat sini semalam.

Tambah Noriha, Mediana memang menggemari aktiviti permainan solekan malah seorang lagi kanak-kanak di dalam video itu merupakan sepupu anaknya itu yang sering menjadi ‘mangsa’ solekan.

“Kadangkala dia solek muka sendiri dan kadangkala dia solek muka sepupunya yang tinggal bersama kami.

“Sekarang sedang PdPR, jadi selepas membuat kerja sekolah, tidak boleh nak keluar berjalan dan dia mengisi aktiviti masa lapang dengan membuat video dan bermain bersama sepupunya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia mengingatkan orang ramai terutama yang mempunyai anak kecil supaya sentiasa berhati-hati di musim wabak Covid-19. 

“Covid-19 tak mengenal usia apatah lagi kanak-kanak kecil, kalau boleh janganlah bawa mereka keluar. 

“Kita yang dewasa pun ada ketika culas menjaga SOP, apatah lagi anak-anak. Mereka adalah tanggungjawab kita dan kita harus memastikan mereka terhindar dari wabak ini,” katanya yang turut memberitahu dia dan Medina pernah melalui proses kuarantin kerana menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya