Notis 28 hari bukan penghalang Parlimen bersidang, jelas Noh Omar - Utusan Malaysia

Notis 28 hari bukan penghalang Parlimen bersidang, jelas Noh Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Isu notis 28 hari di bawah Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang mana Setiausaha Dewan hendaklah memanggil Persidangan Dewan yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu, bukan satu penghalang untuk Dewan bersidang dalam tempoh 14 hari, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata, ia  seperti dalam Peraturan 9(2)(a) iaitu “sekurang-kuranya 28 hari sebelum dimulakan mesyuarat setiap penggal parlimen, menulis kepada ahli-ahli memberitahu tarikh-tarikh mesyuarat Majlis Mesyuarat bagi penggal itu”. 

Katanya, ia perlu dibaca hingga habis yang mana “Dengan syarat bahawa dalam keadaan memaksa yang ditentukan Tuan Yang diPertua, pemberitahuan tersebut boleh diketepikan, dan dalam keadaan demikian pemberitahuan bagi sepanjang tempoh yang mungkin hendak diberikan”. 

“Begitu juga dengan Peraturan 11(2) “Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bersidang atau bermesyuarat dalam penggal itu. 

“Tetapi disyaratkan iaitu Ketua atau Timbalan Ketua boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan dari masa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikutan itu, kata Noh,  ini jelas menunjukkan isu notis 28 hari yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu bukanlah penghalang untuk Dewan bersidang dalam tempoh 14 hari dari tarikh hari ini. 

“Saya ulangi sekali lagi sebagai ahli Parlimen tunggal Barisan Nasional dari Selangor, saya tidak akan bersetuju jika ada usul undi tidak percaya dikemukakan semasa Parlimen ini bersidang,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor yang terdiri daripada 21 ketua bahagian dan ketua-ketua sayap bersetuju sebulat suara menyokong penuh kenyataan Presiden parti itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi agar persidangan Parlimen diadakan 14 hari dari tarikh hari ini. 

Katanya, kenyataan Presiden UMNO itu adalah hasil daripada keputusan Mesyuarat Biro Politik UMNO malam tadi yang dibuat secara maya. 

“Keputusan Biro Politik ini sejajar dengan perjuangan UMNO untuk menegakkan kedaulatan Raja-Raja Melayu seperti di bawah perkara 3.2 Perlembagaan UMNO.

 “UMNO Selangor mendesak supaya Persidangan Parlimen hendaklah diadakan 14 hari untuk membolehkan Ordain-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat dalam usaha memerangi Penularan Wabak Covid-19 di negara ini dan memulihkan ekonomi negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya