Nicholas, Khairel terpilih sertai Akademi Tentera AS

Nicholas, Khairel terpilih sertai Akademi Tentera AS

MOHAMED KHAIREL ADHA MOHD. KHAIREE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua orang rakyat Malaysia telah diterima untuk melanjutkan pelajaran di dua akademi tentera Amerika Syarikat (AS) yang berprestij dan bersedia untuk menjadi pegawai tentera Malaysia pada masa depan.

Dalam satu kenyataan Kedutaan AS Kuala Lumpur, kedua-dua pelajar dipilih setelah melalui proses pemilihan ketat yang menilai potensi kepemimpinan mereka, kecergasan fizikal, dan pencapaian akademik.

NICHOLAS ONG YONG XEN

Nicholas Ong Yong Xen telah dipilih ke Akademi Tentera Laut A.S. (USNA) di Annapolis, Maryland manakala Mohamed Khairel Adha Mohd. Khairee akan menghadiri Akademi Tentera Udara A.S. di Colorado Springs, Colorado.

Duta AS, Brian D. McFeeters mengucapkan tahniah kepada kadet-kadet ini dan menyatakan penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Maktab Tentera Diraja, dan Universiti Pertahanan Nasional atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi.

“Perkara ini penting dalam memastikan kerjasama akademik yang berterusan antara AS dan Malaysia, memperkukuhkan hubungan antara rakyat, dan menjalin kerjasama erat antara kedua-dua negara.

“Rakyat Malaysia yang belajar di akademi tentera AS berperanan sebagai duta Malaysia ke AS dan membina hubungan sepanjang hayat dengan anggota tentera dan rakyat AS. Ikatan ini terus mengeratkan hubungan kita. Kadet Nicholas dan kadet Khairel pada hari ini turut menyertai barisan rakyat Malaysia yang mengagumkan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pejabat Kerjasama Pertahanan, Leftenan Kolonel Lemar Farhad berkata, Program Akademi Tentera AS dengan Malaysia berfungsi sebagai salah satu inisiatif paling penting dalam penglibatan ketenteraan kita dengan Angkatan Tentera Malaysia.

“Lulusan program-program ini secara konsisten bergerak maju dengan memegang jawatan penting dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Kami berharap dapat mendalamkan lagi hubungan dalam pembangunan modal insan melalui peningkatan program latihan dan pendidikan pada tahun-tahun akan datang,” katanya.  

Leftenan Jeneral Datuk Hashim Aman Shah pula berkata ATM melihat AS sebagai rakan kerjasama pertahanan yang boleh dipercayai.

“AS dipandang tinggi terutamanya dalam meningkatkan pembangunan modal insan melalui pendidikan ketenteraan profesional dalam program akademi tentera,”ujarnya.

Kedutaan AS di Kuala Lumpur mengadakan upacara penghantaran secara maya untuk meraikan pemilihan mereka yang dihadiri oleh McFeeters, Hashim, Asisten Ketua Staf, Operasi dan Latihan Pertahanan, ATM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya