Negeri Sembilan sasar 80 peratus penduduk divaksin sebelum Oktober - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan sasar 80 peratus penduduk divaksin sebelum Oktober

S. VEERAPAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan negeri menyasarkan sebanyak 80 peratus rakyat di negeri ini akan diberi suntikan vaksin sebelum Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, sasaran berkenaan adalah awal dua bulan daripada jangkaan sebelum ini iaitu pada penghujung tahun ini.

Sasaran itu jelasnya, adalah berdasarkan penambahan jumlah vaksin yang bakal diterima negeri ini bermula bulan hadapan.

Jelas beliau, sebelum ini Kerajaan Persekutuan telah membekalkan sebanyak 7,000 vaksin sehari kepada Negeri Sembilan, sedangkan pusat pemberian vaksin (PPV) di negeri ini mampu menampung kapasiti suntikan sebanyak 19,190 dos sehari.

“Bekalan vaksin tidak cukup, namun kesediaan Kerajaan Pusat untuk menambah bekalan vaksin bermula bulan depan akan dapat melancarkan lagi sasaran kita untuk mencecah kapasiti pemberian 20,000 dos sehari kepada penduduk.

“Buat masa ini kita ada 55 PVV yang telah dibuka melibatkan fasiliti kerajaan dan swasta manakala 39 PPV pelbagai jenis termasuk PVV Industri bagi pekerja industri di Sendayan yang bakal dibuka dalam masa terdekat bagi mempercepatkan lagi pemberian vaksin kepada rakyat,” katanya hari ini.

Sementara itu Veerapan menambah, sehingga 22 Jun lalu, seramai 612,217 penduduk di negeri ini telah membuat pendaftaran untuk menerima vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) melalui aplikasi MySejahtera.

Menurutnya, secara keseluruhannya sebanyak 75 peratus penduduk di negeri ini telah membuat pendaftaran untuk penerimaan vaksin.

“Jumlah peratusan pemberian vaksin di negeri ini juga tinggi iaitu sekitar 17 peratus iaitu antara rekod tertinggi penerimaan vaksin di negara ini.

“Sebanyak 146,460 individu di negeri ini telah menerima dos pertama dan tumpuan pemberian vaksin di negeri ini adalah di fasa kedua iaitu membabitkan golongan warga emas serta individu berisiko tinggi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya