KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara popular, Neelofa tidak dapat menyembunyi rasa sebak dengan kekuatan penyanyi, Elyana yang masih mampu tersenyum dan ceria di kala dia menanggung kesakitan akibat kanser limfoma yang dihadapi.
Neelofa menerusi perkongsian di Instastorynya turut mendoakan agar penyanyi Kalis Rindu itu juga segera sembuh daripada penderitaan yang telah 11 tahun dia hadapi itu.
“Masya-Allah, saya pula hendak menangis tengok video ini. Saya kagum sebab Elyana boleh senyum dan ceria dalam kesakitan.
“Semoga Allah kurniakan kesembuhan untuk awak,” coret Neelofa.
Isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu turut berkongsi video Elyana yang gembira dan terkejut menerima hadiah tudung daripada Naelofar Hijab selepas dia menjalani rawatan radioterapi semalam.