Nadma salur RM2.79 juta bantuan kepada waris korban Covid-19 - Utusan Malaysia

Nadma salur RM2.79 juta bantuan kepada waris korban Covid-19

MOHAMAD Azhan Md. Amir (tengah) ketika melawat Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid (PKRC) di Pasir Mas. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menyalurkan RM2.79 juta bantuan secara ‘one off’ kepada 558 waris korban pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) Nadma, Mohamad Azhan Md. Amir berkata, setakat ini pihaknya menerima 818 permohonan bantuan daripada waris pesakit yang meninggal dunia akibat virus tersebut.

Katanya, dengan angka korban sudah mencecah 4,000 orang di seluruh negara, ini bermakna sebilangan besar waris masih belum memohon bantuan sebanyak RM5,000 setiap seorang itu.

“Kita gesa waris pesakit Covid-19 yang meninggal dunia akibat jangkitan virus itu memohon segera bantuan ini. Selepas permohonan diluluskan, kita akan proses segera dalam usaha membantu mereka yang terlibat.

“Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman sesawang Nadma tanpa perlu bersemuka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau meluangkan masa melawat Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Pasir Mas.

Beliau berkata, sebaik sahaja permohonan diterima, pihaknya akan menapis kelayakan pemohon berdasarkan dokumen dikemukakan serta rekod pesakit yang telah meninggal dunia.

“Pemberian bantuan bermula sejak tahun lalu, namun mungkin lewat diproses memandangkan kita turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memeriksa setiap permohonan satu persatu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya