Nadal tidak sertai Wimbledon, Olimpik - Utusan Malaysia

Nadal tidak sertai Wimbledon, Olimpik

RAFAEL Nadal tidak akan menyertai Wimbeldon dan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Rafael Nadal tidak akan menyertai saingan Wimbledon dan Sukan Olimpik Tokyo dalam usaha memanjangkan jangka hayat kariernya dalam sukan tenis.

Pemain berusia 35 tahun yang memenangi gelaran kedua dari dua gelarannya di All England Club pada 2010 dan merangkul gelaran perseorangan di Olimpik 2008 menyatakan keputusan itu di laman Twitter.

“Saya memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam kejohanan tahun ini di Wimbledon dan Sukan Olimpik di Tokyo.

“Ia bukan keputusan yang mudah untuk diambil tetapi selepas mendengar dan membincangkannya dengan pasukan saya, saya faham ia adalah keputusan tepat.

“Tujuannya adalah untuk memanjangkan karier saya dan melakukan apa yang menggembirakan saya, iaitu bersaing di peringkat tertinggi dan terus bertarung bagi matlamat peribadi dan profesional pada tahap persaingan maksimum,” kata Nadal.

Juara Grand Slam 20 kali itu tersingkir di separuh akhir Terbuka Perancis, minggu lalu selepas tewas kepada Novak Djokovic.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya