PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan kerajaan akan memudah cara prosedur Perolehan Kerajaan menerusi tiga pendekatan.
Katanya, pertama adalah membenarkan perubahan harga atau variation of price (VOP) bagi projek kerja berikutan peningkatan ketara kos bahan binaan sehingga 31 Disember 2021.
“Kedua, membantu kontraktor G1 hingga G4 tempatan melaksanakan projek kerja berskala kecil secara undian dan sebut harga, dengan penggunaan jadual kadar kerja kejuruteraan awam dan bangunan yang baharu serta jadual kadar kerja elektrik.
“Ketiga, membenarkan lanjutan masa atau extension of contract (EOT) projek kerja atau lanjutan tempoh kontrak bagi kontrak bekalan dan perkhidmatan yang terjejas ekoran pelaksanaan PKP tertakluk kepada klausa kontrak,” katanya.