MP BN setuju Parlimen bersidang, sepakat dukung Pelan Pemulihan Negara - Utusan Malaysia

MP BN setuju Parlimen bersidang, sepakat dukung Pelan Pemulihan Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bersetuju Parlimen bersidang semula mengikut Peraturan Mesyuarat sedia ada atau mengikut apa-apa kesesuaian pindaan yang diperlukan.

Kenyataan bersama ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), menteri-menteri dan timbalan menteri BN memaklumkan, mereka sangat mengharapkan sidang Parlimen itu dapat memberi tumpuan kepada isu-isu yang dihadapi rakyat dalam mendepani pandemik Covid-19. 

“Oleh yang demikian dan bagi menjunjung titah Tuanku (Yang di-Pertuan Agong) supaya suhu politik dapat diredakan, maka kami setuju untuk tidak menyokong usul undi tidak percaya sekiranya dikemukakan,” katanya.

Menurut kenyataan bersama itu, mereka menjunjung kasih atas titah Seri Paduka susulan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada 16 Jun 2021 lalu berhubung keperluan mengadakan persidangan Parlimen secepat mungkin serta memperkasa langkah-langkah kawalan penularan wabak Covid-19 dalam negara.

Tambahnya, ahli-ahli Parlimen BN juga sepakat untuk terus mendukung Pelan Pemulihan Negara yang dibentangkan kerajaan sebagai suatu usaha dalam memperkasa langkah-langkah kawalan penularan wabak Covid-19.

Katanya, menteri dan timbalan menteri daripada parti itu akan memastikan komitmen sepenuhnya dalam melaksanakan tugas dan peranan masing-masing terutama melibatkan tugas dan portfolio yang berkait secara langsung dalam mengekang penularan Covid-19, pelaksanaan vaksinasi serta pemulihan ekonomi rakyat dan negara.

“Apa yang pasti keutamaan ahli-ahli Parlimen daripada parti UMNO dan BN adalah demi kelangsungan hidup rakyat dengan fokus kepada keselamatan dan kesejahteraan di samping masa hadapan negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya