Mona Allen terima kiriman 'gila' - Utusan Malaysia

Mona Allen terima kiriman ‘gila’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Mona Allen mendedahkan dia pernah menerima kiriman yang disifatkannya ‘gila’ lantaran gambar seksi yang dimuat naik.

Namun Mona atau nama sebenar, Munna Hafiraneza Allen, 35, berkata, dia tidak pernah menjadikan rupa dan imej seksinya sebagai pelaris untuk mengjear kontroversi, namun sekadar tuntutan kerja.

“Sejujurnya saya bukannya suka pakai pakaian menjolok mata ini… pakai bila diperlukan saja. Jauh sekali nak tarik perhatian, saya bekerja. Suami, Pekin pun tak pernah sakat saya sebab sama-sama dalam bidang lakonan. Jadi dia pun faham kerja saya. Pekin kenal saya macam mana.

“Walaupun berstatus isteri orang, ada juga di luar sana yang berani menggatal sampai melampaui batas. Ada juga yang guna orang tengah untuk ajak tidur,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi.

Bercakap mengenai karier lakonan, drama lakonannya Hati Yang Dikhianati direhatkan sementara waktu kerana penggambaran perlu dihentikan bagi mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berskala penuh.

Mona bagaimanapun teruja menantikan lakonannya menerusi drama bersiri Love Elsa di saluran 104 (Astro Ria) bermula 15 Jun ini.

“Watak kali ini kena nantikan dan tonton sebab perwatakan dia macam ala-ala filem Devil Wears Prada. Watak mak cik vogue kepada pelakon Zul Ariffin, tapi Zul panggil saya mak cik. Berlakon ini kena versatil, watak-watak yang dah biasa bawa kita bagi peluang dekat pelapis baharu,” katanya sukakan watak yang berbeza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya