Modric gagal bimbing Croatia, salahkan rakan punca kekalahan

Modric gagal bimbing Croatia, salahkan rakan punca kekalahan

LUKA Modric akui gagal membantu Croatia mara ke suku akhir selepas tewas kepada Sepanyol. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Luka Modric gagal untuk memimpin Croatia mara ke suku akhir Euro 2020 selepas tewas 5-3 kepada Sepa­nyol dalam aksi yang berlangsung selama 120 minit di Stadium Parken, Copenhagen.

Pemain tengah Real Madrid itu kecewa dengan tindakan rakan sepasukan Ante Rebic yang menghabiskan masa selama tiga minit di luar padang untuk me­nukar but.

Kesempatan itu dimanfaatkan skuad La Roja yang menyak­sikan pemain tengah, Pablo Sarabia berjaya menyamakan kedudukan dan gol itu meningkatkan lagi motivasi Sepanyol.

Modric meminta Rebic untuk memberi penjelasan dan pe­ngendali Croatia, Zlatko Dalic berasa kurang senang dengan sikap penyerangnya itu.

Aksi babak kedua menyaksikan Modric mempamerkan aksi cemerlang tetapi mengalami keletihan ketika memasuki masa tambahan sekali gus dikeluarkan oleh Dalic.

“Kami mendahului dengan gol bertuah. Selepas itu, mereka bermain lebih baik, sekurang-kurangnya selama 60 minit pertama.

“Kami memberi peluang terlalu lama untuk mereka bermain. Namun babak kedua, ketika kami melakukan serangan lebih banyak dan bermain de­ngan baik, banyak peluang berjaya dicipta.

“Bermula dari situ kami berjaya menyamakan kedudukan dengan menunjukkan kualiti dan watak sebenar.

“Memasuki masa tambahan, kami masih mampu mengawal perlawanan tetapi gagal untuk menjaringkan gol. Apabila mereka memperoleh dua gol lagi, kami sudah tidak ada kekuatan untuk bangkit kembali,” kata Modric.

Selepas wisel penamat dibunyikan, Modric kelihatan menenangkan rakan-rakan sepasukannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya