LONDON: England boleh mengikut jejak langkah Itali, Belgium dan Belanda ke saingan kalah mati sekiranya menang ke atas Scotland dalam aksi penting di Stadium Wembley, pagi ini.
Pertemuan itu adalah yang kedua buat mereka selepas kali terakhir Scotland kalah 0-2 kepada Three Lions di Euro 1996 denga Gareth Southgate berada dalam skuad itu.
“Ini adalah pertemua besar, ia adalah peluang untuk kami meraih tiga mata dan layak ke pusingan kalah mati. Ini adalah fokus utama kami.
“Ia sama seperti perlawanan lain dan pemain perlu bermain dengan baik untuk mencipta kemenangan,” kata Southgate.
Sekalipun hanya disediakan 2,500 tiket daripada 22,500 penyokong dihadkan masuk ke stadium kerana Covid-19, beribu-ribu penyokong Scotland membanjiri kota London.
Selepas menanti 23 tahun untuk layak ke pusingan akhir kejohanan utama, Scotland dikejutkan dengan dua jaringan Patrik Schick ketika tewas 2-0 kepada Republik Czech, Isnin lalu.
Satu lagi kekalahan bermakna anak buah Steve Clarke perlu menewaskan finalis Piala Dunia, Croatia dengan jaringan besar dan mengharapkan satu lagi keputusan perlawanan lain memihak kepada mereka untuk layak ke pusingan kalah mati buat kali pertama.-AFP