Miranchuk hadiah kemenangan pertama buat Rusia - Utusan Malaysia

Miranchuk hadiah kemenangan pertama buat Rusia

PENYERANG Rusia, Aleksey Miranchuk (baju merah) berjaya melakukan tandukan walaupun diasak pertahanan Finland Daniel O'Shaughnessy dalam aksi kumpulan B Euro 2020- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAINT PETERSBURG : Jaringan tunggal penyerang sensasi Rusia, Aleksey Miranchuk telah menghadiahkan kemenangan pertama buat pasukannya dalam kempen Euro 2020 di St. Petersburg ketika menewaskan Finland 1-0 pada aksi kumpulan B, sebentar tadi.

Namun kemenangan itu dibayar dengan harga mahal selepas pertahanan Rusia, Mario Fernandes terpaksa dikeluarkan ekoran mengalami kecederaan serius.

Menerusi hantaran yang dimuatnaik pasukan Rusia di Twitter, menjelaskan bahawa Fernandes telah mengalami kecederaan tulang belakang.

Dalam aksi di Stadium Krestovsky,  Finland terlebih dahulu berjaya menembusi gawang Rusia seawal minit ketiga namun jaringan Joel Pohjanpalo dibatalkan oleh Video bantuan pengadil (VAR) ekoran berada di kedudukan ofsaid.

Hantaran satu, dua sebelum disudahkan rembatan kaki kiri menarik, Miranchuk pada minit terakhir babak pertama meletakkan pasukan Rusia mendahului.

Bersambung babak kedua, Rusia dan Finland saling berbalas serangan namun tiada jaringan dapat dihasilkan sekali gus memberi tiga mata berharga buat skuad kendalian Stanislav Cherches.

Kini tiga pasukan dalam kumpulan B telah berjaya mengutip tiga mata iaitu Belgium, Finland dan Rusia manakala Denmark belum mempunyai sebarang mata.

Begitupun, Denmark mungkin mampu meraih mata pertama menjelang pertemuan menentang Belgium, Jumaat ini selepas tewas pada aksi pertama 1-0 kepada Finland.- AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya