Minta rasuah RM40,000 kontrak pembersihan, seorang eksekutif wanita ditahan SPRM - Utusan Malaysia

Minta rasuah RM40,000 kontrak pembersihan, seorang eksekutif wanita ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang eksekutif wanita sebuah pasar raya terkemuka bagi membantu siasatan berhubung kes permintaan dan penerimaan rasuah daripada dua syarikat pembersihan berjumlah hampir RM40,000. 

Menurut sumber, suspek wanita berusia 43 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 3.30 petang tadi selepas hadir memberikan keterangan. 

Difahamkan suspek didakwa meminta dan menerima wang rasuah secara bulanan daripada kedua-dua syarikat pembersihan sebagai balasan memastikan syarikat-syarikat berkenaan mendapat kontrak pembersihan di beberapa bangunan pasar raya tersebut yang terletak di beberapa kawasan sekitar Melaka, Johor dan Selangor sejak 2018 hingga tahun ini. 

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. 

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pagi esok untuk permohonan reman. 

Dalam kes berlainan di Putrajaya, seorang pengerusi taman pula telah ditahan SPRM Putrajaya kerana disyaki menerima rasuah daripada kontraktor sebagai dorongan untuk memberi kontrak pengurusan hartanah penduduk di sebuah kawasan di Cyberjaya. 

Lelaki berusia 47 tahun tersebut ditahan pada jam 12 tengah hari di Pejabat SPRM Putrajaya, hari ini. 

Menurut sumber, suspek dipercayai meminta bayaran secara bulanan selama tempoh kontrak 14 bulan dengan nilai tertinggi mencecah RM5,000. 

Pengarah SPRM Putrajaya, Hasbilah Mohamad Salleh mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM. 

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (A)  Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya