Melaka umum Pakej Sejahtera Bersama berjumlah RM174.53 juta - Utusan Malaysia

Melaka umum Pakej Sejahtera Bersama berjumlah RM174.53 juta

SULAIMAN Md. Ali (tengah) ketika pengumunan Pakej Sejahtera Bersama berjumlah RM174.53 juta di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri mengumumkan Pakej Sejahtera Bersama melibatkan peruntukan RM174.53 juta demi menjaga kebajikan rakyat semasa pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, bantuan tersebut melibatkan 60 inisiatif dan bersifat inklusif serta komprehensif yang memberi tumpuan merangkumi keseluruhan masyarakat termasuk pihak industri tempatan.

Jelas beliau, pakej menyeluruh itu berteraskan keseimbangan hubungan antara ekonomi berteraskan rakyat dan pengurusan ekonomi berasaskan modal.

“Sebanyak 33 inisiatif disediakan untuk sektor membabitkan rakyat dengan implikasi kewangan sebanyak RM155.85 juta manakala bakinya diperuntukkan kepada ekonomi berasaskan modal yang melibatkan 27 inisiatif.

“Bantuan kepada rakyat melibatkan inisiatif tunai dan bukan tunai seperti Ma’niah Al A’Mal, Kit Makanan Nutrisi Sejahtera, Kit Makanan Musa’adah dan bantuan alat pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR),” katanya pada sidang akhbar Pakej Sejahtera Bersama di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini semalam.

Antara insentif dan bantuan kepada peniaga dan industri membabitkan Melaka bebas niaga, Dana Bantuan Kasih Niaga, pengurangan kadar sewa penyewa perusahaan kecil dan sederhana (PKS), gerai dan usahawan termasuk bantuan ‘one off’ kepada penggiat industri pelancongan negeri.

Menurutnya, walaupun Melaka sebuah negeri kecil dan mempunyai penduduk kurang daripada sejuta orang, tetapi nilai inisiatif yang diumumkan hampir setara dengan negeri-negeri lain seperti Selangor dan Johor.

“Ini membuktikan kerajaan negeri komited dalam membantu segenap lapisan masyarakat supaya tiada yang terpinggir termasuk industri yang terkesan.

“Pakej Sejahtera Bersama ini juga sebagai langkah persediaan awal untuk pemulihan dan merancakkan kembali ekonomi Melaka, terutamanya selepas kerajaan mengumumkan pembukaan semula aktiviti ekonomi seperti biasa,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya