Melaka hilang tokoh dondang sayang tertua etnik - Utusan Malaysia

Melaka hilang tokoh dondang sayang tertua etnik

G. MEENACHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tokoh dondang sayang tertua etnik Chetti di negeri ini, G. Meenachi, 91, meninggal dunia di Hospital Melaka di sini, malam semalam.

Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN) Melaka, Ezlina Alias berkata, mendiang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.18 malam akibat sakit tua.

“Semalam Melaka dikhabarkan dengan berita duka kehilangan permata dondang sayang, Meenachi yang merupakan tokoh tertua seni tradisional itu dalam etnik Chetti.

“Ahli keluarga mendiang memaklumkan Meenachi meninggal dunia pada usianya 91 tahun, akibat sakit tua di Hospital Melaka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dilahirkan pada 4 Januari 1930, Meenachi mula menunjukkan bakat seni berpantun dan dondang sayang sejak berusia 10 tahun.

“Mendiang mewarisi seni tradisional itu daripada keluarganya yang menetap di Kampung Chetti di Kampung Gajah Berang dan amat fasih dalam berbahasa Melayu.

“Sejak dari kecil seawal 10 tahun beliau telah didedahkan dengan pantun dan dondang sayang oleh ibunya yang juga merupakan pemain rebana, manakala bapanya pemain muzik,” katanya.

Tambahnya, bakat mendiang semakin dikenali ramai apabila mendapat bimbingan daripada Baba Kim Teck.

Jelas Ezlina, sehingga usianya mencecah 90 tahun, Meenachi masih mampu berpantun, namun tidak begitu aktif atas faktor kesihatan.

“JKKN Melaka sebelum ini sempat memberikan sumbangan kepadanya menerusi Sumbangan Penggiat Seni Dondang Sayang sempena Panggung Seni Tradisional Cak Kun Cak pada 2019,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya