Mayat lelaki terputus dua terjatuh dari tingkat 26 kondominium - Utusan Malaysia

Mayat lelaki terputus dua terjatuh dari tingkat 26 kondominium

KEADAAN mayat lelaki tanpa identiti yang ditemukan terputus dua selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 26 Kondominium Golden Triangle, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan ngeri dengan bahagian badan terputus dua selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 26, Kondominium Golden Triangle, Bayan Lepas, di sini kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

Mayat lelaki yang belum dikenal pasti identiti itu ditemukan seorang tukang cuci bangunan semasa dia sedang membersihkan kawasan taman di aras enam perumahan berkenaan.

Pekerja lelaki itu dikatakan tergamam sebaik sahaja melihat keadaan mangsa yang terputus dua dari bahagian kepala ke pinggang manakala pinggang ke kaki dipercayai terkena tembok batu besar di situ.

Dia kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada pihak pengurusan yang bertindak menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Kematian lelaki tersebut disahkan pasukan Kementerian Kesihatan yang tiba di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kejadian tersebut.

Difahamkan, polis turut menemui selipar dipercayai milik lelaki tersebut berdekatan tangga iaitu lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya