Maximus Ongkili tiba menghadap Yang di-Pertuan Agong - Utusan Malaysia

Maximus Ongkili tiba menghadap Yang di-Pertuan Agong

DR MAXIMUS ONGKILI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili tiba di Istana Negara bagi sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenderaan yang membawa beliau dilihat masuk melalui pintu 2 Istana Negara pada pukul 2.20 petang.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) merupakan pemimpin parti politik terakhir yang menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara.

Parti Bersatu Sabah (PBS) memeterai kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) untuk menjalin hubungan politik secara formal dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya