Masuk kampung jayakan vaksinasi - Utusan Malaysia

Masuk kampung jayakan vaksinasi

BAKAL penerima vaksin menjalani saringan kesihatan sebelum disuntik dos pertama di PPV Masjid Kampung Bahagia, Kuala Krai. - UTUSAN/BAHRUDDIN HATTA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Petugas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Krai dan Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) di sini mula masuk ke kawasan pedalaman bagi menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada 400 penerima.

Penerima merupakan penduduk dari Kampung Bahagia, Mambong, Raba, Picung, Johar, Pasir Jering dan beberapa kampung lain di sepanjang sungai Kelantan yang berdaftar dengan PICK.

Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Krai, Dr. Hazura Mat Zubir berkata, untuk ke lokasi pusat pemberian vaksin (PPV) di Masjid Kampung Bahagia yang tiada jalan darat, pasukannya membabitkan 39 petugas perlu menaiki feri untuk menyeberangi Sungai Kelantan terlebih dahulu.

Katanya, mereka seterusnya perlu melalui jalan balak dari Kampung Kluak dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk sampai ke PPV Masjid Kampung Bahagia, 45 minit kemudian.

“Ini kali pertama pihak kami melakukan program outreach ke kawasan pedalaman supaya penduduk di sepanjang Sungai Kelantan tidak perlu bersusah payah keluar dari kampung masing-masing bagi mendapat suntikan vaksin.

“Walaupun mencabar namun ini cara memastikan semua rakyat termasuk di kawasan pedalaman tidak tercicir mendapatkan vaksin Covid-19,” katanya ketika ditemui di PPV Masjid Kampung Bahagia di sini hari ini.

Kata Dr. Hazura, setakat ini 31 peratus daripada 86,700 individu yang layak di Kuala Krai telah mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin namun daerah ini tertinggi di Kelantan dari segi jumlah penduduk yang divaksin dos pertama.

Menurutnya, kebanyakan warga Kuala Krai tidak mendaftar berikutan kekangan seperti tidak tahu mendaftar secara dalam talian dan tiada jaringan internet.

“Bagi mengatasi kekangan ini, Kementerian Kesihatan bekerjasama agensi lain melakukan gerak gempur mendaftarkan seramai mungkin penduduk di samping memberi kesedaran tentang kepentingan mengambil suntikan vaksin,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman ketika ditemui berkata, inisiatif Outreach PKD Kuala Krai bersama HSIP memudahkan penduduk di 10 kampung di kawasan pedalaman itu mendapatkan suntikan vaksin.

“Warga Kuala Krai yang menghadapi masalah mendaftar PICK dalam aplikasi MySejahtera boleh terus bertemu Penghulu Mukim masing-masing untuk mendaftar manual dengan cara mengisi borang disediakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya