Manyonga digantung selepas gagal penuhi kriteria AIU - Utusan Malaysia

Manyonga digantung selepas gagal penuhi kriteria AIU

Luvo Manyonga dikenakan penggantungan empat tahun kerana gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan AIU.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pemenang pingat perak Sukan Olimpik bagi cara lompat jauh dari Afrika Selatan, Luvo Manyonga dikenakan penggantungan empat tahun selepas gagal memenuhi kriteria Unit Integriti Olahraga (AIU)

AIU dalam Twitter memberitahu, tribunal disiplin mereka mengenakan hukuman penggantungan empat tahun buat Manyonga kerana gagal mematuhi peraturan anti doping.

Manyonga yang merupakan juara dunia 2017 menamatkan saingan di kedudukan kedua Olimpik Rio tetapi akan terlepas aksi Tokyo 2020.

Atlet berusia 30 tahun itu merupakan pemegang rekod Afrika dengan lompatan sejauh 8.65m dan boleh mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan di Switzerland.

AIU menyatakan, Manyonga terlepas ujian doping pertama pada November 2019 dan kemudian terlepas dua lagi ujian pada 2020.

Dia juga pernah digantung selama 18 bulan kerana penyalahgunaan dadah jenis methamphetamin.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya