Malaysia alu-alukan cadangan Qatar buka semula penerbangan terus ke Langkawi - Utusan Malaysia

Malaysia alu-alukan cadangan Qatar buka semula penerbangan terus ke Langkawi

QATAR Airways memulakan penerbangan dari Doha ke Langkawi pada 2019. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mengalu-alukan cadangan Qatar yang ingin membuka semula penerbangan terus dari Qatar ke Pulau Langkawi memandangkan pulau tersebut menjadi pintu masuk penerbangan antarabangsa termasuk Qatar Airways.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, projek rintis itu nanti diharap dapat memulihkan semula industri pelancongan Langkawi.

Beliau berkata, perancangan projek tersebut akan dilaksanakan setelah semua penduduk di situ mencapai tahap imuniti kelompok dan sempadan negara dapat dibuka semula.

“Kementerian sedang berusaha ke arah untuk menjadikan destinasi pelancongan Langkawi sebagai destinasi rintis untuk Program Covid-19 Free Destination dengan menyasarkan 80 peratus penduduk pulau tersebut mencapai tahap imuniti kelompok.

“Usaha ini juga sebagai persediaan awal menyemarakkan industri pelancongan yang juga akan dilaksanakan secara berperingkat di lokasi-lokasi lain,” jelasnya menerusi kenyataan akhbar di sini semalam.

Nancy berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Qatar ke Malaysia, Fahad Mohd. Y. Kafoud secara dalam talian yang turut disertai Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Dr. Noor Zari Hamat.

Nancy berkata, perbincangan turut menyentuh cabaran industri pelancongan yang terjejas teruk akibat penularan wabak pandemik Covid-19.

Beliau memaklumakan, perkara lain yang dibincangkan ialah bagaimana kedua-dua negara melihat potensi pelancongan menerusi gelembung perjalanan dapat dilaksanakan apabila sempadan negara dibuka untuk aktiviti pelancongan kelak.

Menurutnya, kementerian mengambil inisiatif menawarkan mana-mana fasiliti atau aset yang bersesuaian di bawah kementerian untuk dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sekiranya diperlukan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi mempercepatkan proses vaksinasi di seluruh negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya