KUALA LUMPUR: Perintah kawalan pergerakan menyeluruh yang dilaksanakan mulai 1 Jun lalu benar-benar memberi kesan terutama kepada penduduk di Kuala Lumpur.
Jika pada hari biasa, Kuala Lumpur ibarat tidak pernah tidur. Selama 24 jam ada saja aktiviti warga kota yang menghidupkan malam di ibu negara.
Namun sejak 1 Jun lalu dengan perniagaan hanya dihadkan hingga pukul 8 malam, suasana malam di Kuala Lumpur cukup lengang berdasarkan tinjauan bergambar oleh jurugambar Utusan Malaysia.
![](https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/KL-LENGANGMALAM-222.jpg)
![](https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/KL-LENGANGMALAM-3.jpg)