Malam ini penentu nasib Denmark mara ke perlawanan kalah mati

Malam ini penentu nasib Denmark

PEMAIN Denmark menjalani latihan di Helsingor, utara Copenhagen sebagai persiapan menentang Belgium malam ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENMARK kini bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk meneruskan aksi kedua Euro 2020 dalam Kumpulan B pada pukul 12 malam ini menentang Belgium di Stadium Parken, Copenhagen.

Pasukan Kasper Hjulmand membuka kempen mereka de­ngan kekalahan 0-1 kepada Finland yang dibayangi peristiwa ngeri melibatkan pemain tengah, Christian Eriksen yang tiba-tiba rebah pada masa pertama perlawanan – sementara Belgium kini hadir dengan keyakinan selepas menang 3-0 ke atas Rusia.

Sudah pastinya Denmark mahu berjuang merebut dua tempat teratas bagi melayakkan diri ke pusingan kalah mati nanti dengan syarat mengalahkan Belgium malam ini bagi menghidupkan peluang itu.

Jurulatih Denmark, Hjulmand memuji pemainnya atas semangat setia kawan yang tinggi serta tingkah laku murni ketika membantu rakan mereka, Eriksen yang mengejutkan sejarah bola sepak Euro.

“Semua orang bersetuju untuk bermain malam ini. Tetapi anda tidak boleh bermain de­ngan perasaan seperti itu. Kita tahu Belgium adalah sebuah pa­sukan yang kuat dan kita cuba menang.

“Perlawanan malam ini adalah penentu nasib kami. Dengan semangat dan keinginan untuk mara ke pusingan seterusnya, saya yakin para pemain mampu melakukannya demi kawan, rak­yat.

“Sejujurnya semua pemain sudah berada pada prestasi yang baik dan matlamat harus dicapai,” ujarnya.

Sementara itu, di katil hospital, Eriksen memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada kawan-kawannya agar bermain penuh kesungguhan demi rak­yat dan peminat Denmark.

“Terima kasih atas ucapan dan mesej dari seluruh dunia. Sekarang saya mahu memberi sokongan kepada rakan sepasukan dalam perlawanan menentang Belgium. Bermainlah sepenuh hati buat rakyat Denmark,” kata bintang Inter Milan itu.

Sementara itu, Jurulatih Belgium, Roberto Martinez percaya dengan 26 barisan terkuat sekarang ini mampu menobatkan pasukan sebagai juara Euro kali ini.

Pun begitu, beliau mengakui banyak pasukan dan pemain hebat dunia yang beraksi dalam kejohanan tahun ini termasuk Denmark.

“Ramai pemain kami kini mempunyai lebih banyak pe­ngalaman pada saingan peringkat tertinggi dan ini memberi kelebihan,” kata Martinez kepada stesen televisyen RTBF.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya