PETALING JAYA: Berikut adalah maklumat penting dalam sidang akhbar Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin:
1. Perubahan takwim persekolahan.
Sesi pembelajaran dan pengajaran di rumah (PDPR) akan dilaksanakan selepas cuti penggal persekolahan pada 13 Jun dan 14 Jun dalam tempoh 25 hari sehingga 16 Julai.
2. Cuti pertengahan penggal pula bermula 17 Julai hingga 25 Julai 2021.
3. Kurikulum akan dijajarkan melalui konsep penjajaran kurikulum iaitu penekanan kandungan asas kemudian kepada kandungan tambahan, dan seterusnya kandungan pelengkap. Guru lebih mengetahui kebolehan dan keupayaan anak didik mereka, kemudiannya barulah kemenjadian murid.
4. TV Pendidikan:
TV Okey RTM – 2 jam setiap hari, Astro Tutor TV – 4 jam setiap hari. DidikTV KPM – 15 jam setiap hari.
5. Sokongan:
Murid, guru, ibu bapa atau penjaga seperti kaunseling murid dan guru, bimbingan rakan sebaya, kursus dan latihan kepada guru, komunikasi ibu bapa/penjaga dengan pihak sekolah dan PIBG.
6. Inisiatif Cerdik – Projek Rintis Peranti :
Komputer riba dan sambungan data. 12,887 sudah diagihkan manakala 40,290 akan diagihkan selewat-lewatnya 12 Jun 2021. Bakinya, 96,823 unit pula selesai pada akhir September 2021 (keseluruhan 150,000 unit).
7. Rayuan sekolah khusus:
SBP, SMKA, KV, SMT, SMPKV dengan semakan pada 8 Jun 2021. Pendaftaran dalam talian pada 13 dan 14 Jun 2021.
8. SPM 2021:
Tarikh SPM 2021 adalah bermula : ujian lisan, Februari 2022 dan peperiksaan bertulis, Mac 2022.