BOSTON: Kajian terbaharu menunjukkan pengambilan makanan ringan bergula semasa sarapan boleh membantu membakar lemak seseorang.
Lapor Daily Mail, penyelidik di Boston, Massachusetts memberikan 100 gram coklat susu yang bersamaan saiz dua coklat Mars 58 gram kepada 19 wanita yang sudah menopaus atau putus haid sejam selepas bangun tidur dan sejam sebelum tidur.
Kajian itu dilakukan oleh pakar di Hospital Brigham dan Wanita di Boston dengan kerjasama penyelidik dari Universiti Murcia di Sepanyol.
Penyelidik mendapati pengambilan coklat susu pada waktu siang atau malam menyebabkan kenaikan berat badan kerana berkemungkinan bertindak sebagai penyebab selera makan bertambah.
Malah, pengambilan coklat susu semasa waktu pagi menunjukkan kesan membantu pembakaran lemak dan mengurangkan tahap glukosa darah.
Tindak balas itu terjadi disebabkan oleh bahan kimia bermanfaat yang dikenali sebagai flavanol yang terdapat secara semula jadi dalam koko yang meningkatkan pengoksidaan lemak.
Bagaimanapun, kajian itu terhad kepada wanita yang sudah menopaus serta kajian lebih lanjut perlu dilakukan terhadap lelaki dan wanita muda bagi mengesahkan penemuan tersebut.