MAIS sumbang RM28,350 untuk 7,300 petugas barisan hadapan - Utusan Malaysia

MAIS sumbang RM28,350 untuk 7,300 petugas barisan hadapan

AHMAD Shahir Makhtar (kanan) menyampaikan sumbangan pek makanan kepada wakil Hospital UiTM Puncak Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyampaikan sumbangan 7,300 pek makanan bernilai RM28,350 kepada petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan hospital di negeri ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Setiausaha MAIS, Dr. Ahmad Shahir Makhtar berkata, sebanyak 10 PPV, sembilan PKD dan 10 hospital di negeri ini menerima sumbangan pek makanan MAIS, bertujuan meringankan beban penerima yang menghadapi kekangan mendapatkan makanan dalam tempoh PKP.

“Sumbangan yang diagihkan adalah sebagai tanda sokongan dan prihatin MAIS bagi menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus mengawal penularan pandemik Covid-19 sejak Mac tahun lalu.

“Apa yang menarik pek makanan yang disumbangkan mendapat kerjasama daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn.Bhd. (TERAS), iaitu Anak Syarikat MAIS,” katanya selepas menyampaikan sumbangan makanan kepada petugas barisan hadapan di Hospital UiTM Puncak Alam, hari ini.

Ahmad Shahir berkata,antara PPV yang menerima sumbangan MAIS ialah PPV Stadium Tertutup Kuala Selangor, PPV Sabak Bernam dan PPV Gombak, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Katanya lagi, PKD yang menerima bantuan ialah PKD Klang, PKD Petaling, PKD Kuala Langat, PKD Hulu Langat dan PKD Sepang.

“Bantuan turut disalurkan hari ini kepada petugas Hospital UiTM sebanyak 500 pek dan PPV Dewan Berlian, Hospital UiTM, Puncak Alam 300 pek makanan,” katanya.

Dalam masa sama, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS, Nurhani Salwa Jamaluddin turut menyampaikan pek makanan masing-masing di Hospital Klang sebanyak 500 pek, Hospital Banting 500 pek dan Hospital Shah Alam 500 pek.

Ketua Audit Dalam MAIS, Zaharudin Salim pula menyampaikan bantuan di PPV Sunway Pyramid Convention Centre 300 pek, Hospital Ampang 500 pek, Hospital Kajang 500 pek dan Hospital Serdang 500 pek. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya